Hai... sihat-sihat semua? Ada masalah susah tidur ke tak? Meh nak share tips
untuk dapat tidur yang lebih berkualiti.
1. SENAMAN.
> Bersenam di siang hari membuatkan anda letih dan mudah mengantuk. Malah, ia juga bagus untuk mengatasi masalah kekejangan yang biasa berlaku ketika waktu tidur.
2. DiET MESRA TiDUR.
> Elak atau hadkan pengambilan kafein beberapa jam sebelum tidur. Sebaliknya, minum secawan susu sebelum masuk tidur.
3. KEKAL HiDRAT.
> Pastikan anda banyak minum air sepanjang hari walaupun pada waktu malam. Ia akan membuatkan anda kurang sakit kepala dan membuat tidur lena.
4. RUTiN MENENANGKAN.
> Meditasi, mandian panas atau membaca buku adalah cara untuk anda berehat sebelum tidur. Rutin ini membantu anda menghilangkan tekanan lalu menjadikan tidur lebih baik.
5. TiDUR SEBENTAR.
> 1 atau 2 kali tidur sebentar di siang hari sebenarnya boleh meningkatkan tidur anda semasa hamil.
No comments:
Post a Comment
kalau sudi tinggalkan komen anda.. terima kasih :)