Tergugat sudah weii...

Assalamualaikum dan salam jumaat khas dari aku jauh di utara semenanjung Malaysia...

Alhamdulilah dan aku melimpahkan rasa syukur aku kerna diberi keizinan 
untuk terus bernafas di bumi yang sangat cantik dan indah ni.
Aku juga panjatkan rasa syukur kepada Illahi kerna telah memurahkan rezeki dan memudahkan
perjalanan hidup aku selama ini...  ALHAMDULILAH

Aduh, anti-body aku untuk 2 3 bulan ini tersangat lah lemah sekali. Terlalu senang untuk aku demam.
Kalau dulu tersukar untuk aku jatuh sakit seperti demam ni. Tapi sekarang, pantang terkena hujan ataupun 
kawan-kawan atau orang sekeliling yang demam. Dengan pantasnya, aku akan dijangkiti virus demam dan selsema itu. Apa sudah jadi ???

virus selsema makin menjadi... huahuaa
Tak cukup dengan demam, satu pakej virus yang datang dalam satu masa... memang best bak hiang...
Pakej yang terkandung didalamnya ialah DEMAM, BATUK, SELSEMA dan SAKIT KEPALA yang amat sangat lah.... rasa nak hantuk je kepala dekat dinding kalau boleh... Apakan daya tidak mampu untuk 
melakukan sedemikan rupa. Suhu badan memang la sangat tinggi.. Kalau pergi check dekat doktor mahu kena tahan wad lah. So, kaedahnya ialah "koolfever" lah..

mr.boiprengg kesayangan wa ^_^

Al-kisahnya, aku dan mr.KOOLFEVER ni dah couple together lah.. Senang sangat couple dengan dia ni. Sentiasa ada dikala aku sedang menanggung demam ni.. i love you darl 
Tok kesayangan aku dah standby bebanyak stock kat rumah sebab aku kan selalu sangat demam.

i love you tok !!!







No comments:

Post a Comment

kalau sudi tinggalkan komen anda.. terima kasih :)

Copyright@ Segalanya hak milik kentang kecik ...omey...omey