TiPS UNTUK ANDA TiDUR LEBiH BERKUALiTi


Hai... sihat-sihat semua? Ada masalah susah tidur ke tak? Meh nak share tips 
untuk dapat tidur yang lebih berkualiti.

1. SENAMAN. 
> Bersenam di siang hari membuatkan anda letih dan mudah mengantuk. Malah, ia juga bagus untuk mengatasi masalah kekejangan yang biasa berlaku ketika waktu tidur.

2. DiET MESRA TiDUR. 
> Elak atau hadkan pengambilan kafein beberapa jam sebelum tidur. Sebaliknya, minum secawan susu sebelum masuk tidur. 

3. KEKAL HiDRAT. 
> Pastikan anda banyak minum air sepanjang hari walaupun pada waktu malam. Ia akan membuatkan anda kurang sakit kepala dan membuat tidur lena. 

4. RUTiN MENENANGKAN. 
> Meditasi, mandian panas atau membaca buku adalah cara untuk anda berehat sebelum tidur. Rutin ini membantu anda menghilangkan tekanan lalu menjadikan tidur lebih baik. 

5. TiDUR SEBENTAR. 
> 1 atau 2 kali tidur sebentar di siang hari sebenarnya boleh meningkatkan tidur anda semasa hamil.



No comments:

Post a Comment

kalau sudi tinggalkan komen anda.. terima kasih :)

Copyright@ Segalanya hak milik kentang kecik ...omey...omey