rindu kampung halaman : PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bangun saja pagi ni terasa sayup-sayup sahaja..Wuuaaa, i miss my hometown ! melampau kan baru sahaja balik kl isnin lalu dah rindukan kampung dah.. heheh... biasa lah anak perantauan katakan. Itulah mama suruh stay saja kat sana, berlagak ... nak BERDIKARI konon-kononya.. Dan aku hanya mampu meminta mama mendoakan aku selamat dan berjaya di perantauan ni. Aku kena kuat dan berani untuk menempuh halangan yang bakal aku temui berada jauh dari keluarga... 

Perlis Indera Kayangan

ya, ini lah bendera negeri kelahiran aku ! ya, disanalah aku dibesarkan ! ya, disana jugalah aku kenal kehidupan ! ya...ya...ya... segalanya bermula disana. 
AKU BANGGA MENJADI ANAK PERLIS !!!!

Kuala Perlis, Perlis

Ni salah satu sebab kenapa aku bangga menjadi anak kelahiran Perlis even orang selalu cakap
 # " Babe, Perlis tuh kecil je lah.."
# "Setakat Perlis tuh apa lah sangat wey .."
# "Perlis is nothing my dearr.. "

sorry my darling's, setiap kali aku kawan-kawan yang datang jumpa aku di Perlis
aku akan bawa mereka untuk menikmati sunset di Kuala Perlis. Kat sana mereka akan dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah di bumi PERLIS yang kecil ini.
All of them, very excited ! yesss...!!!


hijau kehijauan

korang -korang ...!!! 
kat tempat korang ada tak view yang nice ni ?? hehehhehe.... *sorry terover excited pulak
kalau korang nak ke Padang Besar, for sure korang akan lalu jalan ni.
So, jangan korang tidur dalam kereta ke bas ke apa2 transport lah sebab nanti korang akan 
terlepas peluang untuk menikmati keindahan ini yang korang akan jumpa di PERLIS .. hehehe


Bukit-Bukit : Sawah-sawah

korang pernah tak lukis gambar pemandangan ni dalam subjek seni masa sekolah dulu-dulu? 
Aku sangat yakin ramai antara korang yang selalu lukis pemandangan ini suatu ketika 
dulu. Sebab aku pun macam korang jugak. Setiap kali cikgu cakap lukis mengenai pemandangan je 
terus lukis bukit-bukit, sawah tak pun pantai then ada matahari terbenam. hehehhe... *blushingg kejap 
betul tak? ngaku cepat !!! hehehhe

Jeti nelayan

Alhamdulilah, bumi Allah S.W.T ni luas ! Even selalu dengar "PERLIS TU KECIL "
rakyat di negeri yang kecil ini mampu mencari rezeki di bumi Allah yang terbentang luas.
Jangan risau, jangan takut kerna kita masih mampu mencari rezeki yang halal untuk mengisi perut dan memberi didikan kepada anak-anak kita kelak. 

Aku nak suggest kan kat korang, Perlis adalah destinasi yang sangat 
sesuai buat orang yang inginkan ketenangan.
Actually, banyak tempat yang menarik di Perlis untuk korang pergi bercuti. 
Kalau nak bershopping pakaian bagai aku tak syorkan, TETAPI 
kalau korang ke sana aku syorkan korang untuk SHOPPING MAKANAN !
kenapa perlu shopping makan? ?
yela, makanan kat Perlis sedap-sedap tau !
seriously, aku tak tipu korang lah.. try lah pergi dulu... korang akan jadi gila dengan makanan kat sana.

korang kalau nak pergi kesana dan tak ada kawan di sana, boleh pm aku dekat fb. 
InsyaAllah, aku boleh bawak korang jejalan di Perlis.






No comments:

Post a Comment

kalau sudi tinggalkan komen anda.. terima kasih :)

Copyright@ Segalanya hak milik kentang kecik ...omey...omey